Kakyong Zatie ♥


17 Jun 2012 | 6/17/2012 06:07:00 pm | 0 comments
Disini Hanya Sedikit Luahan Rasa Hati Bukan Tujuan Untuk Menghebahkan Cuma 
Untuk Renungan diriKu Ini.. :)

Ya allah jika aku jatuh cinta,Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padamu,Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu

Ya muhaimin,Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut
padamu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak  berpaling daripada hatimu

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang Merindui syahid di jalanmu

Ya Allah jika aku menikmati
Cinta kekasihMu, 
janganlah Kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah jika aku jatuh hati Pada kekasihMU, 
jangan biarkan Aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan menyeru Manusia kepadamu…..

Ya Allah, jika Kau halalkan aku Merindui kekasihMu, jangan biarkan
Aku melampaui batas sehingga Melupakan aku pada cinta hakiki dan
Rindu abadi hanya kepadaMU Amin………..

Doaku…moga kita sama-sama Berjaya di dunia dan akhirat…
Berjaya dalammengharungi segala dugaan dan cabaran….
Yang sememnagnyamenguji kekuatan iman… Kerana tapak iman itulah yang
Menemukan cinta yang selama ini telah hilang….Semoga cinta yang dicari telah ditemui…




Labels:



0 Comments available :

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥