Kakyong Zatie ♥


16 Jun 2012 | 6/16/2012 10:36:00 pm | 0 comments

Baca tajuk pon dah rasa macam doktor cinta pula aku ni
tapi kawan-kawan memang bagi gelaran doktor cinta sebab aku rajin nasihatkan mereka perihal cinta ni (konon-lah!)
seorang kawan minta aku tulis tips-tips untuk lupakan ex-bf, buang jauh-jauh dari hati
sebenarnya aku bukan pro sangat mahu bercerita dan menasihat hal-hal sebegini
tapi aku cakap apa yang aku lalui sahaja
yang tak betul, jangan ikut pula
karang cakap aku ni macam ketam, jalan pun senget-senget, ada hati nak ajar yang lain ;p



1. awal-awal perpisahan, menangislah sepuas-puas hati, kalau boleh semasa mandi, sebab apabila dah rasa puas, akan rasa lega sedikit


2. tolonglah jangan buat perkara memalukan dengan sms ex-bf cakap kita akan tunggu dia sampai bila-bila, kau tahu tak yang dia akan cerita dekat gf baru dia?cakap sanggup dimadukanlah what-so-ever-lah..DON'T! 


3. jangan stalk facebook / friendster / myspace / atau laman sesawang lain milik ex-bf, sebab nanti diri sendiri makin terluka kalau-kalau terbaca komen yang mengatakan hidup dia lebih gembira sekarang 


4. tolong jangan nak mengampu atau tiba-tiba nak jadi bff dengan kawan perempuan / kawan lelaki ex-bf dengan harapan mereka akan pujuk ex-bf supaya pilih kau dan bukan gf baru.yang ni memang mengarut aku rasa-lah-kan sebab sebelum ini tak nak pula rapat / berbual dengan kawan-kawan ex-bf, tiba-tiba sibuk je, puhlisss jangan buat, sebab mula-mula kesian, lama-lama mereka naik menyampah 


5. kalau ex-bf sudah ada gf baru, tak payah nak jadi bitch dengan mengacau mereka, sibuk-sibuk sms gf baru dia, sibuk-sibuk komen dekat page ex-bf dengan niat nak sakitkan hati gf baru dia, tak payah buat-lah, nampak kita terhegeh hegeh ok? 


6. tak payah letak dekat status facebook / friendster / mysapce / laman sesawang lain mengenai perasaan kita dekat ex-bf dan bagaimana kita sedih dan tak boleh lupakan dia dan seolah-olah menyalahkan dia. pernah terfikir tak kadang-kadang kita yang mulakan dahulu pergaduhan atau perpisahan?pernah terfikir tak dahulu kita pernah curang dan kecewakan hati dia dahulu?pernah buat dia macam sampah tak dulu masa kita curang dengan dia? (berdasarkan cerita kawan) 


7. tetapkan standard kita sebagai seorang perempuan, jadi perempuan high-class dan jangan jatuhkan maruah diri sendiri disebabkan lelaki yang tak mengh argai perasaan kita 


8. ambil masa sedikit untuk tenangkan diri dan hati sebelum mula berjinak-jinak dengan cinta semula, sebab takut kalau-kalau percintaan baru tak menjadi, makin terluka hati yang sedia parah tu seperti Oprah Winfrey cakap (Oprah lagi..huu), setiap perempuan akan diketemukan dengan lelaki, mungkin bukan sekarang, tapi akan datang penantian itu satu penyeksaan kan?tapi kalau bersabar, mana tahu dapat lelaki yang lebih baik dari ex-bf dan percaya, setiap kita diciptakan berpasangan lelaki dan perempuan, jadi jangan terlalu memilih atau terlalu menetapkan tahap kesempurnaan lelaki untuk hidup dengan kita sebab kita pun takde lah sempurna sangat kan? oh dan mesti tertanya-tanya kan samada ex-bf rasa menyesal atau tidak tinggalkan kita, well depends on him dan untuk keadaan aku, ya tapi aku sudah ada yang terbaik dalam hidup aku (En.Zulhilmi) jadi tak rugi melepaskan yang lama sebab kalau bersabar, kita akan dapat yang terbaik mungkin 2kali ganda terbaik :) dan, lepaskan ex-bf, biar dia hidup bahagia dan tolong jangan tamak eh nak 2 lelaki sekaligus..


0 Comments available :

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥