Kakyong Zatie ♥


12 Aug 2012 | 8/12/2012 07:48:00 am | 4 comments

CopyPaste Aisyah Humaira' Tapi Letih Ditulis Oleh Wan Nuriiz Zatiey

''Hanya 2 bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ni, sudah 6 bulan..

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,'' nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. seorang manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada orang mengintip disebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasaan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. kemudian melarat ke bahagian lain pula.

Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing2. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan 1 demi 1, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.

''kami tak sedar ada ular. Tengah2 buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,'' cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba bila2 masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

''Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting ,Nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar2 hendak menelan saya,'' beritahunya tanpa segan silu lagi...

Bace Penuh Di SINI :)

Pengajaran Dan ikhtibar Untuk Kyte Semua..





4 Comments available :

12 August 2012 at 08:12
Blogger NUR AIN AZMAN said...

Astagfirullah Al Azim.
Nauzubillah.
Selamat Allah sayang kan mereka dengan memberi peluang mereka bertaubat. SubhanaAllah.

12 August 2012 at 08:25
Blogger Wan Nuriiz Zatiey said...

@NUR AIN AZMAN Ya Betoi Tu.. Allah Bagi KEsedaran Pade Mereke.. Allah Maha Penyayang..

12 August 2012 at 11:37
Blogger ezyra daniel said...

takut nye....
harap di jauhkan laa utk wat pkara camtu...
amin

12 August 2012 at 11:44
Blogger Wan Nuriiz Zatiey said...

@ezyra daniel amin... tq

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥