Kakyong Zatie ♥


9 Aug 2012 | 8/09/2012 12:37:00 pm | 4 comments

"Sebaik-baik Wanita Ialah tidak memandang dan tidak dipandang oleh Lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik dimatamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.  Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aki ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.   Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbangan kepada manusia selam hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalaulah aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkai berhak mendapat kasih yang tulen. Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi die tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupan yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebinh kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadirannya membuatku banyak  memikirkan tentang dirimu. kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku, Dimana saja aku berada, akal sadarku membuat perhintungan dengamu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yanh satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di lauh Mahfuz,Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi,selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebahdan tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemengangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali ke syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumi, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Dihadapan Allah. Di hadapan Allah
  Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama sengan kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi.. Wahai Wanita , ku inginka diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. Semoga rehda Allah akan mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini 1 mimpi yang mati..

*Untuk Diri Aku Dan Kalian Semua*



4 Comments available :

11 August 2012 at 12:15
Blogger sHiMi sHinHae~ said...

yup ,perempuan yg baik utk lelaki yg baik ..jaga diri kita sbg perempuan yg solehah ye ..

datang follow sini :)

11 August 2012 at 16:40
Blogger Wan Nuriiz Zatiey said...

@sHiMi sHinHae~ Betol tu... Tq Ye..

15 August 2012 at 20:47
Blogger Cinta Misteri said...

InsyaAllah, yg trbaek hanya utk kamu. Tp jgn sskali mengeluh jika Allah mengujimu, memberimu apa yg kamu tdk inginkn.

16 August 2012 at 13:20
Blogger Wan Nuriiz Zatiey said...

Cinta Misteri :: Betol2.. Isyallh.

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥