Kakyong Zatie ♥


6 Sep 2012 | 9/06/2012 02:05:00 pm | 0 comments
.:: 06-Sept-2012 ::.

Demi cinta, seorang lelaki China dikenali sebagai Hu Seng hampir mati ketika ingin memberi kejutan Sempena Hari Ulang Tahun kekasihnye. Hu Seng telah bertindak kurang bijak dengan masuk ke dalam kotak untuk 'dikirim' teman wanitanya, Li Wang..

Idea kurang bijak Hu Seng memakan dirinya sendiri apabila kotak tersebut tertutup rapat dan menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas. Tambah menyulitkan keadaan, kotak tersebut lewat dihantar ke Pejabat Li Wang selama 3 jam.

Hu Seng ditemui dalam keadaan pengsan oleh teman wanitanya sebaik sahaja Li Wang membuka kotak tersebut. Sepasukan paramedik berkejar ke pejabat Li Wang dan Hu Seng diberi rawatan kecemasan dengan segera.


Setelah sedar, Hu Seng mengaku bahawa dia cuba membuat lubang pada kotak tersebut namun gagal kerana kotak itu terlalu tebal. Dia tidak mahu menjerit meminta tolong kerana bimbang kejutannya gagal.


0 Comments available :

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥