Kakyong Zatie ♥


9 Nov 2012 | 11/09/2012 03:25:00 pm | 2 comments

Bismillahirahmanirrahim....

Wahai Penciptaku yang kucintai dan kusayangi,
Di sini inginku luahkan segala perasaan padaMu,
Cintaku terhadapMu pernah hilang seketika,
Kini aku sedang mencari kembali cintaMu,
Kerana cintaMu lebih dari segalanya..

Seandainya aku mencintaiMu,
Aku yakin kau pasti membalasnya seribu kenikmatan
Berbanding aku mencintai seorang insan,
aku ingin mencintaiMu dan dicintai olehMu,
Sesungguhnya Kau bakal dan pasti mengabulkan segala permintaanku,
Permintaanku yang ingin berjaya didunia & akhirat,
mengotakan segala impian dan permintaan ibubapaku,
Serta ingin berjihad menegakkan ajaranMu yang hampir goyah...

Aku ingin sekali menjadi seperti tokoh-tokoh islami zaman terdahulu,
Dan menjadi wanita yang tegar seperti Siti Khadijah dan seumpamanya...

Aku mohon kepadaMu,
Ampunkanlah segala dosa-dosa aku sepanjang hidupku sehingga hari ini,
Aku tidak mampu dan tidak sanggup hidup bergelumang dengan dosaku sendiri,
Kau berikanlah petunjuk dan hidayahMu,
Dan kuatkanlah imanku agar cinta kita kukuh buat selamanya,
Dan agar dapat bertemu denganMu di syurga nanti bersama orang-orang yang beriman...

Aku akan sentiasa mencintaiMu dan meningkatkan rasa cintaku padaMu sepenuh hatiku,
Dan akan ku buktikan cintaku yang tulus ini tanpa putus-putus..

Cukuplah sekadar ini warkah yang dapatku sampaikan secara bisikan hati dan titisan air mata menjadi pena kerna kutahu Engkau lebih mengetahui apa yang ada di dalam lubuk hatiku ini...

Salam kasih dan rindu..
dari hambaMu yang daif lagi kerdil ini...









2 Comments available :

9 November 2012 at 18:43
Anonymous Nuriiz said...

This comment has been removed by a blog administrator.

12 November 2012 at 14:40
Blogger gee azie said...

dah follow sini juga...

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥