Kakyong Zatie ♥


9 Nov 2012 | 11/09/2012 03:36:00 pm | 3 comments


Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis..

Wahai Lelaki,
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia menyintai anda wahai adam, dia mula merendakan egonya untuk anda semata-mata kerana anda..

Wahai Lelaki,
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkan anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkanlah Sejenak....
Berbaloikan dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

..........

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis kerana dia kasihan atau simpati,
Die menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis  didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Wahai Manusia Yang bergelar lelaki,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembalu dimana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.


Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan "maafkan saya"

Lelaki, Kalau seorang perempuan menangis keran anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. beradalah disis dia, emnemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Wahai lelaki, Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah andameninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda,
Kerana anda akan merosakkan hidup dia.
Kata2 last Untuk Insan bernama LELAKI,Jangan pernah mengungkapkan rasa inta anda kepada perempuan selagi anda belum benar2 yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara.. Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakna cinta lamanya terutamanya cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...


Yang pasti 'Tangisan Seorang Wanita Akan Membuat  Ia Semakin Tabah Dan Kuat'


3 Comments available :

9 November 2012 at 15:49
Blogger Lulu Yaya said...

betul tu perempuan suka menangis, n sensitif.. tapi ada jugak perempuan yang susah nak menangis ^_^

9 November 2012 at 16:16
Blogger Kaqyonk Fauzi said...

Sis Lulu Yaya : Betol tu..

25 November 2012 at 11:39
Blogger AQu Mad said...

aduh ,, wahai kaum hawa jangan menangis lagi

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥