Kakyong Zatie ♥


6 Dec 2012 | 12/06/2012 02:11:00 pm | 3 comments
Assalamualaikum,,


Tiada apa yang mampu untuk menarik perhatian seorang wanita selain daripada lelaki yang membuatkan mereka berasa istimera. Pasti setiap lelaki mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan perkara ini. Tetapi ada juga beberapa teknik yang berfungsi terhadap kebanyakan wanita untuk membuatkan mereka berasa istimewa. Antaranya adalah .........

( 1 ) Berita bahwa kehadiran mereka amat bermakna terhadap kehidupan anda -  Apabila anda memberitahu mengenai perkara ini secara tidak langsung akan membuatkan mereka berasa seperti diperlukan dan istimewa. beritahu perubahan yang telah berlaku didalam kehidupan anda selepas kehadiran mereka ataupun sebagainya..

( 2 ) Bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan - Perkara ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan. Merekan merasakan bahawa apabila melayan pasangan sebagai rakan, hubungan mereka akan lebih rapat. Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Anda perlu bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan. Ini kerana pasangan anda akan lebih sensitif terhadap setiap perkara yang anda lakukan. Perbezaan yang anda tunjukkan inilah akan membuatkan mereka berasa istimewa..

( 3 ) Memberikan mereka perlindungan - Wanita akan lebih tertarik terhadap lelaki yang mampu untuk membuatkan mereka berasa selesa dan dilindungi. Pasti perlindungan yang anda berikan akan membuatkan mereka berasa lebih istimewa.

( 4 ) Hormati pendapat mereka - Buatkan mereka merasakan bahawa anda menghargai kewujudan mereka didalam kehidupan anda. Hormati pendapat mereka, dan ia akan membuatkan mereka akan berasa lebih istimewa..

( 5) Meminta maaf - Sememangnya seorang lelaki akan lebih sukar utuk meminta maaf. Ia mungkin disebabkan oleh keegoan mereka. Sekiranya anda telah melakukan kesalahan, jangan terlalu sukar untuk meminta maaf. Ketepikan ego anda dan pasti ia akan membuatkan mereka berasa istimewa..

( 6 ) Penghargaan - Tunjukkan perghargaan anda terhadap apa yang telah mereka cuba usahakan didalam hubungan. Penghargaan yang ditunjukkan akan membuatkan mereka rasa dihargai dan juga istimewa..

Credit to SINI


3 Comments available :

7 December 2012 at 17:27
Blogger zuhdi sanusi said...

pelik2 jer karenah prmpuan ni eik., :P

11 December 2012 at 18:18
Blogger #JemahAwesome said...

http://teenagersareawesome.blogspot.com/2012/12/mega-giveaway-2012-by-lyanas-studio.html <- Teringin nak ada DIARI COMEL? HADIAH MISTERI? NOVEL DAN BLOGSTUFFS? Jom join MEGA GIVEAWAY BY LYANAS STUDIO sebelum 12.12.12 *besok* :)

28 February 2013 at 21:52
Blogger Kaqyonk Fauzi said...

hehhe.. jangan marah.. Tuhan dah jadikan perempuan camni kan? :)

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥