Kakyong Zatie ♥


18 Jan 2013 | 1/18/2013 04:04:00 pm | 5 comments
Salam Jumaat . . . 
Kaqyonk nok share antare kisoh2 yang paling sedih dalam hidup kaqyonk. nok cite secare ringkas je nie.
Sebelum tu Al-Fatihah utk nya, Semoga tenang disana. AMIN..



Ingatlah bahawa ada suatu perkara yang apabila sampai waktunya. ianya tidak akan dicepatkan mahupun dilambatkan walaupun sedetik. Ketahuilah bahawa hal itu adalah benar dan pasti. iaitu kematian yang hakiki,

Seawal pagi 18-03-2012 (5am), family aku dapat berita yang benar-benar menyentuh hati dan perasaan kami sebagai saudara-mara kepada Ahmad Fakhru , iaitu sepupu lelaki sulung dalam ahli keluarga sebelah emak.
Ni, first time kehilangan seorang insan yang aku sayang. Pemergiannya amat berat utk kami sekeluarga terima. Tetapi kami harus redho. . . Bagi aku nak redho sume tu amat perit, tapi aku usaha.. dalam beberape bulan lepas tu baru aku dapat trime kenyataan yang ia PERGI TAK KEMBALI..

Arwah pergi mengadap Illahi tepat pada hari lahirnya yang ke 16. Dok mengesahkan arwah mengidap penyakit kancer usus pada Mei 2011 dengan berperingkat 4, sehinggakan organ-organ dalaman telah lama dijangkiti kuman dan akhirnya rosak. dah pernah menjalani KIMO beberape bulan, n the last, kimo tu dah xberkesan. sehinggakan arwah dihantar pulang dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ke kampung halaman Kuala Terengganu. Selepas 6 bulan menanggung kesakitan, arwah menghembuskan nafas terakhir dirumahnya Sungai Tong,Setiu dan dikebumikan dikampung atuk neneknya sebelah ayah. Semoga arwah tenang disane, AMIN.. 

Kepergian yang begitu dini, Kepergian yang terlalu cepat, Dikau pergi tuk Selamanya,Dikau pergi meninggalkan semuanya . . .
Semua yang berada didekatmu, Juga seluruh anggota keluargamu, Dan semua yang menyayangimu, Dikau tinggalkan kenangan..
Yang teramat indah, Gelak tawamu, Juga senyuman dan celotehanmu, Akan selalu terukir dihati ini..
Kurelakan dikau pergi, Pergi mengadap Illahi, Selamat jalan, Selamat menuju syurga yang dijanjikan olehNya..


Daisypath Friendship tickers
*Entry Lame SINI dan SINI


5 Comments available :

18 January 2013 at 16:18
Blogger najiah shaharain said...

innalillah..alfatihah

19 January 2013 at 19:12
Blogger kak nora said...

Alfatihah..

22 January 2013 at 17:01
Anonymous aqumad.com said...

AL-Fatihah.. semoga ditempatkan di kalangan org2 beriman.. amiin..

31 January 2013 at 11:20
Blogger Kaqyonk Fauzi said...

Tq akak najiah.. :)

31 January 2013 at 11:21
Blogger Kaqyonk Fauzi said...

amiinn., TQ :)

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥