Kakyong Zatie ♥


26 Apr 2013 | 4/26/2013 01:56:00 pm | 0 comments



Assalamualaikum kawan-kawan emua, nama saya Baby. Baby ada satu cerita ingin kongsikan dengan -kawan-kawan semua. Kalau nak tahu baby baru je dilahirkan di hospital oleh seorang manuia yang bernama WANITA. Wanita ni cantik tapi sayang dia tak sayang Baby. wanita itu ialah ibu Baby.

Baby tak tahu apa salah Baby pada wanita ini. Sampai hati dia tinggalkan Baby seorang diri di semak samun, tangga masjid/surau, dalam tandas dan banyak lagi lah tempat yang 'SESUAI' untuk baby. Baby takut tinggal di tempat ini seorang tapi apa daya Baby. Baby tak dapat buat apa-apa. Walaupun baby meronta-ronta upaya tak di tinggalkan tapi wanita ini tak dengar.

Kalau kawan-kawan nak tahu, wanita ini tinggalkan baby tanpa seurat benang pun di tubuh baby. Baby kesejukkan dan ada pelbagai jenis haiwan ditempat baby ni, baby takut tapi baby tak mampu. Baby edih diperlakukan sedemikian oleh wanita itu. Wanita itu tak pedulikan baby pun. Walhal dia yang melahirkan baby.

Kalau kawan-kawan nak tahu baby tak kenal pun siapa ayah baby tapi yang baby tahu ayah baby seorang manusia yang bernama LELAKI. Ayah baby dan ibu baby ini telah membuat perkara yang terkutuk sehingga melahirkan baby tapi ayah tak nak bertanggungjawab. Kalau nak tahu ayah baby ini, seorang yang DAYUS dan KEJAM sebab tak larang ibu Baby supaya jangan tinggalkan Baby di tempat yang 'SESUAI' itu, Sebaliknya menyokong tindakan ibu Baby.

Nak tahu tak, ada juga kawan-kawan baby diperlukan lagi teruk daripada Baby, LELAKI dan WANITA ini bunuh kawan-kawan baby, mereka buang kawan-kawan baby kedalam sungai dan sebagainya. Sampainya hati mereka buat begitu pada kawan Baby. Apa salah kawan-kawan baby dan baby?

Baby ada satu soalan nak tanya kawan-kawan emua. APA SALAH KAMI ? APA DOA KAMI ? sehingga kami diperlakukan seperti ini. DIBUANG,DIBUNUH. Kami tak minta pun dilahir kedunia.





0 Comments available :

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥