Kakyong Zatie ♥


17 May 2013 | 5/17/2013 09:28:00 pm | 2 comments

Oleh : Qaseh Elya

Aku ada seorang abang. Dah lama terpisah. Tapi aku selalu utus surat padanya yang berada di kampung. Satu pun tak berbalas. Dua tahun lepas, aku bernikah tanpa izin abang selepas puas aku mencari tapi tak berjumpa juga. Sepanjang perkahwinan aku, aku tak tenang.. mungkin juga kerana tidak mendapat retu dari lelaki yang sepatutnya menjadi waliku.

Cuti sekolah yang lepas, aku bersama suamiku pulang ke kampung halamanku di Perak. Terasa rindu pada kampung yang meninggalkan pelbagai kenangan bersama abang. Aku terlalu rindukan rumah yang meninggalkan beribu memori suka duka bersama abang dan arwah mak dan ayah. Di sana boleh juga aku bersihkan rumah pusaka mak dan ayah yang telah lama kutinggalkan.

Semasa membersihkan rumah usang itu, aku tersapu sepucuk surat yang aku titipkan pada abangku dua tahun yang lalu sebelum pernikahanku dulu. Dengan ketar tanganku membuka surat itu dan membacanya dengan debar walaupun surat itu datangnya dariku tapi dapat kurasakan kelainan perasaanku ketika itu.

"Khas buat abangku,

Abang, kau ingat lagi tak..

Mak dan ayah meninggal ketika aku darjah 5. Kau pulak dalam tingkatan 5. Masa itu diorang accident ketika dalam perjalanan untuk membeli kek birthday aku sebab aku baling semua perhiasan di rumah kita, sampai mak terpaksa pergi beli kek buatku dengan ayah. Tapi aku hairan ketika itu, ada satu bekas kaca yang aku pecahkan, tiba-tiba banyak air keluar. Tapi kau cepat-cepat lap lantai rumah kita. Tapi aku tak amik kisah pun tentang hal itu.

Sebelum pegi, mak dan ayah mencium kita berdua. Aku ingat lagi pesan diorang paka kau abangku.

"Abang, kau jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah tak de, ko jangan tinggal dia. Ingat pada mak ngan ayah kau ni. Jangan sesekali biar adik sorang-sorang"

Kau ingat tak..

Sebelum diorang pergi beli kek, kau baru balik dari sekolah, kau belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab kau suka warna biru kan? Tapi aku campak dalam longkang belakang rumah kita sebab aku suka warna pink. Lepas kejadian itu, kau tak pernah ucap happy birthday kat aku lagi.. sampai sekarang.

Abang, kau ingat tak..

Kita hidup dua orang je lepas tu, kau tak sekolah lagi. Kau pergi mana pun aku tak tahu. Bila malam baru kau balik. Tapi kau tak pernah cakap dengan aku, kenapa abangku? Ingat tak, aku masak untuk kau, Tapi kau tak pernah makan pun. last-last pagi ecok aku nampak ayam-ayam dan kucing-kucing yang makan. kau tak pernah ucap terima kasih kat aku.

Abag, kau ingat tak..

Pernah sekal aku mintak duit nak buat belanja ke sekolah. Tapi time tu kau tengah tidur. Aku ambil dua ringgit dari dalam poket jeans kau. Tapi lepas balik dari sekolah kau lempang aku sampai mulut aku berdarah. Kau tak pernah pujuk aku balik pun. Tapi keecokkannya, nasib baik luka tu dah elok kalau meninggalkan kesan pasti aku malu untuk ke sekolah.

Abang, kau ingat tak..

Semasa umur aku 18 tahun.. kau hantar aku ke Kuala Lumpur, rumah Pak Long. kau cakap kau ada hal yang tak boleh dielakkan dan kau berjanji untuk ambil aku semula. Tapi sampai sekarang kau tak datang ambil aku. Dah berpuluh surat aku titipkan bersama aku pada kau. Kenapa tiada sebarang balasan. kenapa abang?

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur kau dah pun 32 tahun,aku sudah pun disunting orang. ketika hajat untuk bernikah aku samapaikan surat lagi pada engkau. Tapi kenapa kau diam je? Kenapa kau tak cakap apa-apa? Aku perlu izinmu sebagai waliku.

Abang..

Jika kau dapat surat ini katakanlah pada aku.. ada apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Salam sayang,

Adik."

Selepas itu aku mula terasa ingin untuk menyelongkar rumah pusaka ini. ketika aku membuka almari lamaku yang usang dimamah usia dan merepuat dimakan anai-anai, tiba2 aku terpandangkan sekotak besar berwarna pink. Aku ambil kotak itu dan aku buka. Di dalamnya penuh dengan kotak-kotak kecil berbalut dan kemas. Ada yang diikat dengan  reben dan ada yang mempunyai kad kecil berbalut di atasnya. Di dalamnya juga terdapat berpuluh-puluh pucuk surat yang tertera namaku di atasnya. Mataku tertarik kepada sepucuk surat yang sangat cantk di pandangan mataku. dan aku terus membukanya.

"Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata..

Maafkan abang kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan. kerana aku tidak berdaya sayang.

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan bukan? Perhiasan yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yang telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yang menjual ikan itu di pekan?

Adikku sayang..

Aku tahu kau tak suka warna biru tapi aku beli pengikat rabut itu untuk kau.. supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai mengikat rambut itu. Walaupun kau dan campakkan pengikat rambut itu tapi aku ambilnya emula dan aku basuh sehingga bersih. Aku letakkannya di dalam sebuat kotak kecil di rumah kita. Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Janganlah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi "Selamat Hari Lahir" pada tanggal hari jadimu. Kau pun sudah lupa ya. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya. Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja. Kerana aku bekerja di Pekan, mengangkat guni-guni ke dalam lori. Itu semua aku lakukan untuk menara engkau. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau. Ketika itu, kau sangat terkenal dengan kecantikkan kau, ramai yang memuji. Aku harus sedikan perhiasan untuk kau.. supaya kau tidak rasa malu. Aku tidak pulang siang hari kerana aku taku jika engkau dicercaa kerana abangmu yang kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang..

Siapa cakap aku tidak menjamah masakan kau? Aku akan makan masakan itu sebelum subuh kerana aku perlukan tenaga untuk bekerja di siang hari. Aku makan semasa engkau tidur, supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang..

Aku malu untuk ucapkan terima kasih kerana engkau banyak berkorban untuuku. Kau menyediakan makanku dan segalanya. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. biarlah aku ucapkan di akhir hayatku kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yang kau lakukan semasa hidupku.

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana aku memukulmu. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalau aku putuskan untuk memberi pengajaran yang akan kau ingat sampai bila-bila. Betulkan.. selepas kejadian itu, kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan? Itu tandanya perbuatanku tidak sia-sia kerana aku dapat mendidikmu dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan mengilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku. Sakit yang amat sangat. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdullilah.. aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun. Aku tidak mahu bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya.. aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital. Doktor menesahkan aku menghidapi barah peparu di mana badanku tidak berupaya untuk memikul barang yang berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu. Patutlah aku selalu batuk-batuk, sesak nafas dan pandanganku yang makin kabur. Aku terpaksa dirawat dihospital walaupun doktor menjangkakan aku tak kan bertahan lama.

Sayangku..

Aku titipkan surat ini dirumah pusaka, ketika ini aku di hospital. Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita, bacalah semua surat-surat dan bukalah semua hadiah yang aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini, aku sudah pun tiada. Jangan kau bersedih. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

1. Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian kotor serta debu, TERIMA KASIH.
2. Untuk mengelap setiap barang yang aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
3. Untuk membasuh pakaianku yang busuk dengan peluhku, TERIMA KASIH.
4. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dari kerja, TERIMA KASIH.
5. Untuk memasak lauk kegemaranku yang kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.
6. Untuk mengingatiku dan menulis surat yang tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
7. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.
8. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupub duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

Sekiranya engkau disunting seseorang, biarkan pakcik kita menjadi walimu kerana aku mungkin sudah tiada.

Bahagiakanlah dirimu kerana itu yang aku mahukan, Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya.

Abang"

Dirumah pusaka itu... aku termenung sendirian. Tanpa kusedari air mataku bergenangan dan mengalir membasahi pipi. Lantas, aku buka satu persatu hadiah-hadiah san surat-surat yang dikatakan. Semuanta berwarna pink dan semuanya ditulis nama aku dengan tulisan yang sangat indah. Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah.. dimanakah dapat kucari insan semulia abangku. Kau tempatkanlah abangku dikalangan orang-orang beriman . Amin..

p/s : Mohd Eizat - Kemaman (2007) , Mohd Saifullah - Kemaman (2009), Abdul Rahman - Kuala Terengganu (2012), dan Mohd Nawal Khairi - Perak (2013) .. Dieorang diantara abang angkat aku.. Kepada abang-abang yang pernah sayang aku sebagai adik, TERIMA KASIH atas semuanya..
Credits : http://www.penulisan2u.my/





2 Comments available :

17 May 2013 at 22:52
Anonymous Hajar Shikin said...

cdihnya smpai nangis..seriously

17 May 2013 at 23:05
Blogger Kaqyonk Fauzi said...

sememang kisah nie sedih.. jika bace dengan penuh khusyuk, akn terkeluar air mate kn.. :) be strong ~

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥