Kakyong Zatie ♥


19 Jul 2013 | 7/19/2013 11:03:00 pm | 2 comments



 Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

• Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

• Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

• Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada kepada bentuk asalnya.

• Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

• Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila masa ia akan pecah.

• Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

• Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

• Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

• Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.











2 Comments available :

19 July 2013 at 23:29
Blogger Syuhada Nasya said...

yeahhh. kata2 diatas semuanya betul :)

24 July 2013 at 10:08
Blogger ecah khalili said...

Jemput join GA..Tinggal 2 hari lagi..
http://ecahkhalili.blogspot.com/2013/06/first-giveaway-by-ecah-khalili.html

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥