Kakyong Zatie ♥


17 Aug 2013 | 8/17/2013 10:44:00 pm | 0 comments

              Jumaat Kemarahan Penuh Bara 
Darah yang mengalir di Mesir diibaratkan sederas Sungai Nil tidak menghalang jutaan rakyat bangkit menentang kebiadaban tentera yang akibatkan kehilangan 600 nyawa.


Punca kematian syuhada Raba'ah dipalsukan.

SABTU 17 OGOS 2013

KAHERAH - Darah yang mengalir di Mesir ketika ini sederas Sungai Nil. Jutaan rakyat bangkit menentang kebiadaban tentera sungguh pun diserang dari segenap penjuru hingga meragut lebih 2,000 nyawa.
         Namun, kalmah berundur tiada dalam kamus puluhan juta rakyat Mesir. Suara keramat Ikhwanul Muslimin di Mesir menyeru semua penyokong Presiden Muhamed Mursi turun dalam perarakan 'Jutaan Kemarahan' selepas solat jumaat disambut dengan semangat luar biasa.
         Memetik jurucakap Ikhwanul Muslimin Gehad Al-Haddad dalam akaun twitter beliau, seluruh rakyat Mesir diminta berkumpul di Kaherah untuk menuju ke Ramsis bagi membara kemarahan terhadap pembunuhan beramai-ramai oleh tentera terhadap rakyat Mesir.
         "Penyokong anti-rampasan kuasa diminta menyertai perarakan selepas solat Jumaat. Perarakan ini digelar JUMAAT KEMARAHAN. Walaupun kita merasakan kesakitan dan kehilangan, jenayah terbaru dilakukan oleh pihak rampasan kuasa telah berjuang sehingga pihak ini boleh ditamatkan,"katanya.
         Difahamkan, perarakan dan protes lebih besar akan terus berlaku di Kaherah termasuk wilayah sekitar Mesir sehingga hari ini. Selepas solat jumaat semalam, perhimpunan berlangsung di hadapan masjid Raghib dalam gema suara menolak rampasan kuasa tentera.
          Jatuh! Jatuh Pemerintahan Tentera! dilaung-laungkan di hadapan masjid. Diikutkan penyokong melalukan demokrasi di hadapan Masjid Al Fath sambil melaungkan 'Bukan Ikhwan, bukan Salafi, kami semua rakyat Mesir!!!!'
           Dalam kenyataan rasmi Ikhwanul Muslimin, angka korban mencecah lebih 2,600 berbanding dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan. 
          Semalam, polis terus melakukan gempuran di Dataran Rabaa Al-Adawiyah dan Nahdhah dengan melepaskan tembakan peluru hidup diketuai unit penembak tepat.

Kematian Dipalsukan
           Sementara itu, di Masjid Al Amin, berdekatan Dataran Rabaa Al-Adawiyah ratusan orang awam mengerumuni kawasan itu untuk menuntut jenazah anggota keluarga. Pengerusi Kesatuan Farmasi wilayah Qalyubiyah mendedahkan, petugas perubatan di Pusat Perubatan Nasr memberitahu, mereka ditekan pihak berkuasa supaya mengeluarkan laporan perubatan palsu berkaitan syuhada' Raba'ah.
             "Laporan meyasarkan 30 mayat meninggal dunia akibat seksaan dalam tahanan sedangkan mereka mangsa kekejaman polis sewaktu dileraikan di Raba'ah," menurut laporan itu.
             Rumah mayat Zenhom enggan membenarkan mayat mangsa dikeluarkan sehingga keluarga mangsa menandatangani surat akaun bahawa mangsa mati akibat membunuh diri atau kemalangan. Kaum keluarga terkorban berharap kesemua jenazah itu dapat dikebumikan segera, namun sebahagian daripada mereka menghadapi kesukaran untuk berbuat sedemikian.
             "Saya gagal menemui mayat sepupu kami. Mayat disini terlalu ramai. Usaha untuk membawa pulang jenazah sukar dilakukan," kata Muhamed Ibrahim Hussein ketika menuntut jenazah Abdel Rahman seorang pelajar tahun dua Universiti Kaherah.

'Laungan ALLAHU AKHBAR senjata kami.'
              Segala yang berlaku di Mesir ketika ini dirakam oleh penduduk dunia. Puluhan video dikongsi ke laman sosial bagi membuktikan kekejaman tentera. Jutaan penyokong Mursi termasuk rakyat menentang keganasan tidak mempunyai senjata. 
              Mereka bukan tentera yang lengkap dengan mesingan M16 atau AK 47 atau gas pemedih mata, mereka hanya jadikan anggota badan sebagai benteng, merelakan diri dipukul dan ditendang sehingga keadilan memihak kepada rakyat Mesir.
              Mungkin mereka berbeza dari anggota Ihkwanul Muslimin yang mempunyai bersenjata untuk menyerang Balai Polis. Tetapi kekebalan rakyat Mesir kini terletak pada laungan ALLAHU AKHBAR.           
              Semakin dikasari, semakin disakiti hanya ALLAH yang dapat menepis kesakitan itu. Tidak salah jika dilihat mayat Syuhada syahid dalam senyuman. Mereka redho demi menegakkan Islam..

LIZA HASAN - (sinarharian)
         




0 Comments available :

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥