Kakyong Zatie ♥


6 Sep 2013 | 9/06/2013 08:48:00 pm | 0 comments





As-Sarawaki, 23 Mac 2007: “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

Kahwin! Di usia 25 tahun kini, salah satu perkara yang masih terus mendilemma di dalam minda aqli diri ialah tentang perkahwinan. Bukan sekali dua persoalan ini diajukan kepada diri sama ada oleh ahli famili, sahabat handai dan rakan taulan, malah sudah menjadi persoalan lali. Ini ditambah dengan berita teman-teman seperjuangan yang semakin ramai mendirikan rumahtangga malah sudah ramai yang beranak-pinak!

Sebenarnya, segala keperluan untuk menunaikan tuntutan fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini sudah mencukupi. Insya Allah sekiranya tiada aral melintang tahun 2007 akan menyaksikan hasrat mulia ini akan menjadi kenyataan. Persoalan bila dan dengan siapa biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang pasti, jiwarasa semakin terpanggil dengan hadith berikut, sebuah sabdaan Baginda Rasulullah SAW yang kian membuka mata hati! Alhamdulillah.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda: الالدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة. Maksudnya: “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah”. (Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467 dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).


Sebagai renungan suami dan bakal suami yang budiman, suka untuk dikongsikan 2 artikel amat bermakna bertajuk “Erti Sebuah Perkahwinan: Yang Dibina Di Atas Sebuah Perjuangan” karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan “Tidak Mudah Bergelar Menantu” karangan Ustaz Emran sebagai pengajaran, pedoman dan panduan bersama. Semoga bermanfaat buat insan yang berfikiran dan dalam kelana mencari cinta haqiqi. Semoga ada khairnya dunia dan Akhirat. Amiin.

Erti Sebuah Perkahwinan: Yang Dibina Di Atas Sebuah Perjuangan

“Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu. Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.” Teruskan membaca artikel ini di sini.

Tidak Mudah Bergelar Menantu

“Menjadi lumrah bagi setiap pasangan suami isteri apabila menikah untuk berasa gugup dan memiliki perasaan gementar, khususnya di saat-saat waktu hari pertama dan awal pernikahan. Di campur dengan budaya yang kadang-kadang membantu memberi tekanan mental tidak kurang pelbagai cerita dan pengalaman orang memberikan gambaran yang mendebarkan untuk diharungi.” 




0 Comments available :

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥