Kakyong Zatie ♥


20 Dec 2013 | 12/20/2013 08:20:00 am | 0 comments

Lebih 20 tahun sudah berlalu...

11 Januari 1990 - Inilah tarikh keramat yang tak mampu untuk Mah lupakan kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta dan akhirnya terkubur..

Lapan bulan lamanya abang merayu dan menagih cinta Mah. Masihkah abang ingat? pertama kali abang mengajak Mah pergi ke Taman Negara?

Terkejut Mah ! Spontan Mah memarahi abang. "Kau kan lelaki, aku kan perempuan! kenapa kau nak kawan dengan aku? Kau pergilah kawan dengan lelaki!"

Dan abang pula menjawab : "Sebab aku lelakilah dan engkau perempuanlah aku nak kawan dengan engkau. Kalau kau lelaki... tak ingin aku nak kawan..."

Dan begitulah seterusnya, sering kali abang mengajak Mah pergi ke mana-mana, Mah akan tolak mentah-mentah. Abang, penolakan Mah bukanlah bererti Mah membenci abang tetapi Mah takut, nanti abang apa-apakan Mah. Perkara yang buruk-buruk saja yang Mah fikirkan, kalau kita keluar berdua.

Abang, maafkan Mah kerana waktu itu Mah masih lagi terlalu mentah untuk mengerti. Maklumlah waktu itu Mah berumur 20 tahun. Masih terlalu muda untuk gadis kampung seperti Mah. 

Entah mengapa bang, sewaktu abang mengajak Mah pergi makan sate Kajang pada Cuti Tahun Baru Cina, Mah dah tak mampun menolak kerana di sini hati Mah telah mula menyayangi abang.

Mah mula bersimpati terhadap abang. Beribu sesalan lahir di hati ini ketika mengenang kembali. Mengapa begitu lama hati ini baru terbuka untuk menerima kehadiran abang...

Tragedi Cuti Tahun Baru Cina

UNTUK pengetahuan abang, sebenarnya waktu itu juga Mah dan kawan-kawan serumah dah berjanji nak pergi ke rumah Kak M di Kelantan. Dan tiket bas juga telah dibeli.

Dengan perasaan malu Mah gagahkan diri memberitahu dengan kawan-kawan bahawa pada hari Selase (Cuti Tahun Baru Cina) Mah ada temu janji dengan abang. Dan Mah ingin membatalkan rancangan untuk pergi ke Kelantan.

Kak M melarang bang. Dia berjanji nak pulang awal iaitu hari Isnin. Kak M kata : "Sampai saja di Kota Bharu, dia akan beli tiket untuk kami pulang hari Isnin!"

Kau tahu bang, itu adalah janji palsu sebenarnya. Janji yang telah memisahkan kita hingga kini....

PAda hri Ahad (malam Isnin) selepas makan, Kak M memberitahu Mah bahawa tiket untuk hari Isnin telah habis dijual. Cuma ada satu saja, jadi Kak M tak beli, sebab kami berlima semuanya.

Dengan sebak Mah merayu pada Kak M tolonglah cari jalan lain yang membolehkan kami pulang. Hanya satu katanya dengan menaiki kapal terbang. Tak kiralah dengan apa Mah setuju.

Tapi bang, teman-teman yang lain dan Kak M tak setuju. Merayu Mah di hadapan mereka. Tolonglah hantar Mah ke lapangan terbang dan Mah boleh pulang sendiri tak kiralah berapa tambangnya.

Perasaan malu Mah tolak ke tepi bang, demi cinta kita. Tapi rayuan Mah tidak diendahkan. Sedih hati mah bukan kepalang.

Sepanjang malam itu Mah tidak dapat melelapkan mata. Mah menangis semahu-mashunya mengenangkan diri ini ditipu bang. Nak telefon abang pun Mah tak ada nombor telefon abang.

Abang, cuba abang bayangkan, bagaimanakah caranya Mah ingin pulang ke rumah sewa di kampung Lindungan untuk bertemu dengan abang tanpa bantuan sesiapa? Sedangkan itulah kali pertama Mah menjejakkan kaki ke sana (Kelantan)

Sesalan tidak berpenghujung

PADA hari elasa (malam Rabu) hari yang kia janjikan barulah kami bertolak pulang. Sesampainya di Kuala Lumpur pada pagi Rabu, mah terus pulang ke rumah sewa sedangkan rakan-rakan Mah yang lain masih sempat merayau di KL.

Sesampainya di rumah sewa, Mah terus berrtanya dengan tuan rumah : Adakah seorang pemuda tinggi lampai datang? Ada katanya. Pemuda tersebut jalan kaki. Lagi hancur hati Mah bila mendengar berita tersebut. Mah dihimpit rasa bersalah.

Abang sebenarnya telah memenuhi syarat yang Mah tetapkan. Mah sebenarnya yang telah melarang abang menjemput Mah dengan menaiki kereta demi keselamat diri.

Dan abang bersetuju menaiki bas. Terima kasih bang! Sepanjang hari itu Mah menangis. Mah dah mula merindui abang. Mah hanya mampu memujuk hati sendiri supaya bersabar.


Tangisan pilu, merindui setiap hari

HARI Isnin, Kilang dibuka seperti biasa. Alangkah kecewanya Mah bang kerana mendapati abang tiada di tempat kerja. Niat hati Mah ingin memohon maaf dan menjelaskan perkara yang sebenar, di atas kelewatan Mah pulang dari Kelantan. Rupa-rupanya hampa bang!

Begitulah seterusnya bang, Mah merindui abang setiap masa. Setiap hari Mah pergi kerja dengan membawa mata yang bengkak dan muka yang sembap. Setiap malam mah menangis. Hanya itulah yang Mah tahu, menangis dan terus menangis.

Mah cuba dapatkan nombor telefon abang daripada seorang teman. Gadis kampung seperti Mah memang tidak pernah menggunakan telefon awam.

Seorang teman yang Mah perlukan untuk mengajar cara-cara mrnggunakan telefon. Rupa-rupanya satu rumah sewa pergi semuanya. Teman-teman serumah turut serta mendengar perbualan. Mah akhiri perbualan sebab malu dengan mereka.

Terlintas di fikiran mah nak menelefon abang semula pada keesokan harinya tanpa membawa teman-teman. Rupa-rupanya itulah penggilan telefon Mah yang pertama dan terakhir.

Sebabnya, abang dah tak mahu langsung berbicara dengan Mah. Setiap panggilan Mah, abang abaikan. (suara dihujung talian memberitahu abang tiada di rumah). Sampai hati bang....

Setelah abang berjaya mencuri hati Mah, abang biarkan Mah sendirian. Mah sedih setelah Mah gagal temu janji, abang terus berhenti kerja dan meninggalkan mah tanpa sepatah kata.

Mah tahu abang terlalu kecewa dengan Mah kerana telah memungkiri janji antara kita. Abang telah penuhi segala syarat Mah datang berjalan kaki tetapi Mah pula yang gagal berjumpa dengan abang pada temu janji kita. Sampai sekarang Mah masih menderita dengan kehilangan abang.

Disini Mah ingin memohon maaf


0 Comments available :

Post a Comment

Heyy!! nak lari mane..? meh komen dulu.. ♥